Tags

,

Mereka di sana .. diuji dengan hebatnya …

kita di sini??? hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri …

mereka di sana, ketabahan dan kecekalan begitu tinggi …

kita di sini??? ada problem je da mula nak susah hati …

mereka di sana, bangga nak hantar anak muda untuk berjuang dan berjihad demi Islami..

kita di sini?? anak muda “sakit” dengan tipu daya duniawi ….

mereka di sana, syahid menjadi cita – cita tertinggi …

kita di sini ?? sibuk juga nak bergaduh sana sini …

masalah umat dipandang enteng …” ini bukan kerja aku …aku xpeduli ”

aku cemburu pada mereka di sana…berjuang semata – mata kerana Islam ..

semuanya, hanyalah untuk Islam …..

aku cemburu dengan ketabahan, kekuatan, kecekalan mereka…

kerana aku xmampu untuk menjadi seperti itu bila mana diterjah dengan ujian yang merungsingkan jiwa, menyesakkan hati…

mereka berjihad untuk menentang musuh Islam, sedangkan aku masih lagi berjihad untuk berperang dengan diri sendiri ….

ah… lemahnya diri ini…:(

bertatih untuk bergerak di jalan ‘al-haq’ ini …

sedangkan ku xpasti apakah masih ada esok untuk diri ..

berlari – lari untuk mencari redhaMu, kadangkala terjatuh, tersungkur, kaki tersangkut pada onak dan duri …

namun… ku yakin, pasti ada tangan – tangan yang akan menghulur dan menarik kembali untuk terus bangun dan terus berlari .. :’)

mohon kekuatan dari Ilahi …. ditetapkan hati untuk terus berjuang di jalan ‘ini’

biar tidak dikenali di persada duniawi, itu yang terbaik untuk sama – sama menjaga niat di hati …

::islah nafsak, wad’u ghairak:: :’)

kalian …. nantikan kehadiran kami

::’al -haq pastikan menang, itu janji Allah::

~ malu nak berkata ‘penat’ sedangkan orang lain lagi banyak kerja yang telah dibuat … ~

[jumaah mubarakah!! jom baca al-kahfi 🙂 ambik ibrah dari surah ini, banyak yang dapat kita pelajari .. insyaAllah]